Hancur
Hati ini sungguh sakit,
menahan pilu dan derita.
sungguh dirimu kejam!
membiarkanku seorang diri
menahan segala siksaan ini.
Tujahan demi tujahan,
ku terima dan ku telan.
ku sangka diri ini "kuat"
mampu menerima segalanya
dengan redha dan ikhlas.
tapi malangnya yang tinggal
hanya bekas bukan lagi hati yang "empuk".
Kerelaan hati ini semakin tipis
setipis nyawa manusia yang
bila-bila sahaja akan diragut.
tapi,
kau?
kau terlalu rakus melahap segala-galanya!
yang tinggal hanya sepi.
kesepian yang selama ini yang membuai,
semakin mencengkam jiwa
hingga kini tiada lagi noda indah,
yang tercipta dalam hidup ini.
Comments